Usia blog

Daisypath Vacation tickers

$edikit Tentang Hamba Allah Ini ::

My photo
Kuala Lumpur, Terengganu, Malaysia
Nama diberi NUR ADILA AB RAHMAN..{CAHAYA KEADILAN}..I'm not single coz i have ALLAH,FAMILY & FRENS :: dilahirkan sebagai ank ke-5 dari 6 adik brdik..hidup bahagia sejak lahir di kediaman dengan 3 jejaka soleh + hensem & 4 wanita solehah + cantik iaitu my dad,mom,2 elder brothers,2 elder sisters & 1 younger sister:: I'm Cancer~~~ i like to be myself,so it's up to anyone who can or can't accept me as who i am...xska la owg hipokrit..bkwn la scra jujur insyaAllah akn lebih diberkati... ak xkesa law dtgur if da somethng mistake i've done but i really hate someone who critic without in good manner

BORNDAY~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

GRADUATE DAY~~~

Daisypath Graduation tickers

Alert U're Time


Get your own Digital Clock

Wednesday 23 November 2011

sudah ditentukan~~~

Sedih..pilu...menyesal...semua ada...pendek kata MIX FEELING...pada hari ni ak kena setelkan kuiz 2 mandarin secara online.. balik dr kelas td trus ak buat kuiz tu..sebelum buat yang btol2 kuiz tu..dah elok2 ak translate smue dah btol yg praktis bse, jwb smue dh btol alih2 ble jawab yg btol2 punyer kuiz kerana terlalu confident & xcek masa da habis  lom alih2 trus submit..alih2 huhu 'excellent'...
*pengajaran~jangan terlalu over confident and excited..hehee







betapa tulus hati sucinya...

kisah ini ak amk dr salah satu laman yg mgndungi kisah2 menraik dan dpt dijadikan pengajaran :)

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.

Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

♥ mungkin sahabat-sahabat telah membaca kisah ini...sebelum ini,sebagai peringatan buat kita..cinta & kasih sayang tidak boleh dinilai dengan wang atau kemewahan...

Tinta:Nur Ilham Srikandi Pencinta Illahi ♥♥ LOVE ALLAH FOREVER ♥♥
CINTA SEJATI PENCINTA ILLAHI....... ♥♥

Friday 18 November 2011

There's still beautiful in darkness....

Some think it's HOLDING ON that makes one STRONG;sometimes it's letting go....
Beautiful pictures are developed from negatives in a dark room. So, if you see darkness in your life, certainly there's beautiful picture is being prepared by GOD..

Friday 28 October 2011

Jom memberi service terbaik ramai-ramai kepada ‘customer’…



Ini bukan service after sale ya tuan-tuan & puan-puan sekalian…service yang disebut ini adalah community servive dalam BM nya ialah khidmat komuniti.. kami under subjek personal development dikehendaki menjalankan 1 khidmat komuniti yang dijalankan di beberapa kampung yang bertuah yang telah dipilih oleh pihak UiTM serta para pensyarah yang terlibat untuk kami menyumbangkan tenaga muda kami di kampung-kampung bertuah itu.. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana telah dibahagikan mengikut kampung-kampung tertentu.. jam 7.30 pagi dah kena berkumpul…kami ni dikatakan akan join venture dengan program anak angkat tapi xtaw la yang terlibat ngn program ank angkat tu brapa orang..

Kampung yang bertuah menerima khidmat muda kumpulan kami yang salah seorang ahlinya ak, adalah Kg.Jejawi kalau xsilap..kepada sesiapa yang familiar dengan Perlis tu confirm taw la mana kampung ni terletak..manakala kumpulan lain ditugaskan ke Kuala Perlis.. yang syoknya sampai ke malam program kami…dijangka sampai kol 11 malam..macam-macam aktiviti akan dijalankan esok…

Kalau ikutkan senior kami sebelum ni sekejap je..xsampai malam pown..xtaw la knp kami ni special sgt sampai ke malam program..huhu

Hopefully program esok best la :)

Saturday 22 October 2011

unknown....

Tidak mengapa jika awak tidak kacak janji perangai awak kacak.
Tidak mengapa jika awak tidak kaya harta janji awak kaya dengan budi bahasa.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai berkata-kata janji awak jujur dan tepati janji.
Tidak mengapa jika awak tidak pandai bernyanyi janji awak pandai membaca al-Quran dan selawat.
Tidak mengapa jika awak tidak tahu bab artis atau hal duniawi janji awak tahu bab agama dan dapat bimbing saya ke jalan Allah swt.
Tidak mengapa jika awak terlambat berjumpa dengan saya janji awak tidak terlambat bertemu dengan Allah swt..

Wednesday 14 September 2011

Rahsia Allah

♥ Untukmu y masih menjadi rahsia Allah ♥
Tiada ungkapan KASIH..tiada bait-bait RINDU..tiada madah-madah CINTA..cukuplah hati mengingati Tuhan..cukuplah nasihat serta teguran dari kejauhan..cukuplah aku tahu kau punya AGAMA & IMAN..hati kita ALLAH yang punya..hati kita ALLAH yang jaga..
Maka, berDOAlah..kerana itu SENJATA kita..andai TAKDIR hidup bersama..pasti ALLAH akan mempermudahkan JALANnya..InsyaAllah~~~♥♥♥

Moga akan ketemu~~

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yg mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah,tak perlulah kamu yg mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yg hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yg boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yg datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yg baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yg lurus untuk ke syurga.

Monday 12 September 2011

SYOK SANGAT3!!!!

Mood geram pown ada sebenarnya..malas dah satu hal nak dtg sini kan..yela kuliah dh mau strt..maka dari kejauhan aku naik la bas pada 10 sept untuk ke ARAUSTRALIA,PERTHLIS... kerana ikutkan jadual,kuliah strt 12 sept..
dengan perasaan 'rajin' maka sampai la di arau ni...dah smpi umg sewa,kms2 brg n umah sbb dh tggl selama 4 BULAN...sebab cuti sekejap ni la rasa 'rajin' nak datang..hhhhmmmm

Pada hari ini, 12sept dengan relaterpaksa datang la ke kampus dari umah dengan keadaan hujan lebat & beberapa kawasan banjir, g la kuliah kononnya...tapi apakan daya dh sampai sana barula dapat taw KULIAH MULA PADA 14 SEPT!!!!
geram,terkejut,menyesal,hampeyh.......semua ada sebab last minute dapat taw kelas strt rabu ini...kalau la taw dr awal2 lagi,dengan hujan & sbhgian dh bnjir dengan bengkak gusinya lagi... mmg mai sini mlm ni bru brtolak la..nasib2 awal dtg dah dugaan macam ni...hmmmm :S  p apakan daya dh dtg sini siap dh g kampus baru taw kuliah strt lusa...Sabo jela~~ huhu :(

Raya yang best tahun ini~2011

1st question sebab apa ia best? sebab kali ini dapat beraya di kampung...GANU kite..

inilah beberapa gambar kami shoot..tapi sebenarnya banyak lagi..hihi
biasa la gila gambar..hahaha
dapat jumpa sanak sedara especially my toki & wan..dah lame xjumpa mereka.... Maka pada 1 Syawal beraya la kami di negeri kelahiran ku itu..selepas solat raya tu,kami bergambar la dulu sebelum bertolak ke umah atok...
1st raya of coz la pegi umah toki n sanak sedara yang dekat kan...my mom side n my dad side..my mom side stil ada my toki & wan but my dad side juz ada adik-beradiknya... dah berada sana tu sempat la kami berfoto dengan toki & wan...
credit to photographer: my sis

credit to photographer : my bro


dah masuk 2nd raya tu,pegi la plak beraya/ ziarah sedara yang jauh-jauh 'bau-bau bacang' orang cakap... macam mana bau bacang?hehe  then dah habis round semua sanak sedara tu..sambung lagi perjalanan pada 3rd raya ke umah kawan-kawan ayah & mak.. ikutkan hati nak je pergi jugak jumpa kawan-kawan ak tapi xda kesempatan masa & hari untuk jumpa.. Tpi rasa happpppyyyyy sebab dapat jugak jumpa sorang ~ cik aini... sebab alang-alang dah berada kat je ngn kawasan umah dia..maka sekeluarga la pergi terjah umah dia..hihi org pergi umah member xda la smpi satu family nk angkut kan..tapi nk save tyme n boleh jumpa, pergi la satu family...
Ikut plan asal kami balik pada 1 sept 2011 sebab my dad dah kena kerja pada 3 sept 2011..so kira boleh la rest kan 1 hari kat umah..tapi gara-gara ramai lagi yang xsempat kami jenguk...plan dilanjutkan 1 hari lagi..maka kami pulang la ke kota pada 2 sept 2011..
kerana kesempatan pulang ke negeri tercinta ni susah nak dapat,kami pergi la dulu jejalan sekejap kat sana..kami ke Pasar Besar Kedai Payang..kalau sesapa yang pernah / biasa pergi Kuala Terengganu,mesti taw kat mana tempatnya..kami borong la beberapa barang untuk pulang ke kota.. Dah setel borong tu,pergi 'melawat' kawasan..macam YB je..hahaha 


1st tyme kami jumpa parking yang 'hebat'...sebab kat negeri lain pon xda lagi parking macam ni..hanya di bandar K.Terengganu kami jumpa... maaf la kalau memg ada kat negeri lain kan..xtaw plak..hihi
kenapa hebat? sebab ia save ruang n setakat sy taw la kan,hanya kedai jual kereta buat macam ni..tu pon kat oversea la..
inila rupanya...heabt kan..hihi

ada untuk saiz besar

juga untuk saiz biasa...


apa yang saiznya? saiz kenderaan la cik kak cik abang... :)

alert ya semua sebelum parking..adakah menepati syarat
nak experience parking sana tapi xdapat sebab kedua-dua kereta ada body kit..huhu xdapat den nak nolong...
lepas dah round tengok dekat macam mana rupa parking tu..sambung lagi lawatan ke Taman Warisan..yang orang duk sebut-sebut tu.. eh-eh ada ke orang duk sebut-sebut?hahaha xtaw la.. sampai sana sempat la 'shoot' gambar beberapa keping...& amk gmbr tmn warisan tu sdri sbb wt kngn..mne la taw kn nti lama plak baru g sana lg...
ini salah satunya...




 bila dah hbs melawat taman tu,kami teruskan perjalanan kami...xblh lama2 kat sne sbb prjalanan jauh..nti smpi lmbt..so truskan perjalanan ke ibu kota..
Dah puasssssssssss lme2 lam keta tu,sampai la kt ibu kota lebih kurang jam 7.00mlm..then trus la ke kedai makan...sng xyah nk msk kn dr jauh jalan..huhunak dijadikan story la kan...kedai makan tu mmg 'BEST' sgt3...sebab ~

  • service yang lambat
  • order yang dibuat hampir 1 jam tggu baru dapat
  • makanan yg kurang menyedapkan tekak untuk ditelan
  • mahal
mmg la best...dh la ada 1 pelanggan ni tnye die pnye order cne,dimarahnya customer tu...xpasal2..mmg hmpeyh la pnye tuan kedai...mmg djdikan pgjrn la..pas ni mmg dh xg kedai makan tu...mybe ada kowt pnh terkena kt mana2 kedai makan cm ni..cne rasa? best sgt3 kn5? huhu

Dah~~~ back to story, raya stil ada tapi dh nk kene p ARAUSTRALIA,PERTHLIS..hihi
so kena la terpaksa rajin kn mula2 ni...amk mood sket..huhu
sini saja entry ini...tergantungkah? maap le..huhu







Thursday 8 September 2011

Ingat senang ke?

‎"Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Bunyi macam senang ? nah ni erti sebenar dia :

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat,dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung, dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Wednesday 7 September 2011

Apa kata kaum adam?hihi

Duk on facebook td jumpa la info ni..menarik untuk semua jantina ya... mungkin lelaki lebih tertarik..hihi
apa kata kalian bila taw pasal ni?


Darul Napis Zulkifli
Nilai Hantaran Kahwin Mngikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-
Lepasan UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
Lepasan SPM : RM3,000-RM8,000
Lepasan STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
Lepasan DEGREE : RM12,000-RM15,...000
Lepasan 2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
Lepasan PHD : RM20,000-RM30,000
Jika Umur melebihi 35 tahun potong 50%






JOM JOIN SEGMEN (^_^)

Segmen yg paling simple katanya...dijemput untuk join... taw dr mana? SINI!!! la...
so ak melawat la blog incik khairulasrol ni..ternyata lagi tepat dan benar..mmg simple je segmen ni...
 pe lagi...ak pon join la skali...untung-untung dapat hadiah..hihi :)

  •  1st of all... juz 'tampalkan' gambar seperti di atas ini...
  • 2nd invite la kawan-kawan anda untuk join..dengan itu aku 'menginvite' incik zuancik ija & cik myra 

done!! so simple~~~
‎"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa2 si dia dr ibubapanya,apa saja dosa yg si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bkn lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela msk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah.
dasat kan ?

Tuesday 6 September 2011

MELOMPAT GIRANG~~

dah lme xberblog sbb....balik kampung beraya!!
  Pada 29 OGOS 2011,kami sekeluarga bertolak ke NEGERI KELAHIRANKU TERCINTA....mana ya? of coz la TERENGGANU..ganu kite...kami sekeluarga dh siap kemas brg dr ptg 28 ogos tu lg..hihi excted la katakn..mau x excited sbb dah lama xbalik kampung..so taun ni beraya kampung la..lepas je bersahur tu kami bertolak la bila dh ready semua brg2 n alatan...tepat jam 6.15 PAGI lepas subuh kami bertolak ke GANU...

Kami 'konvoi' 2 kereta sbb da 8 orang ahlinya.. so 4 orang 1 kereta la..ngn kereta getz & kereta honda...maka bertolak la kami dengan perasaan seronok..hihi

banyak jugak kereta yang berada diatas 'highway' tu...
selama beberapa jam terperuk lam keta tu,..maka smpi la ke negeri tercinta...TERENGGANU..here we come..hoho

dh smpi sana tu singgah la jap ke pantai yang mempunyai angin bayu menusuk kalbu..hihi 
air yang menyejukkan



dh lme xg pantai..yela kt sini mana da pntai..kalau ada pown 'pantai dalam'.huhu....lepas dh puas mengadap pantai sambil hirup udara segar tu..kami pon bertolak la ke homestay..knp duk homestay? sbb umah toki kami dah penuh ngn sedara yang lain..maka kami ni mengalah la duk homestay kn..huhu...


Kami sampai di homestay tu tepat jam 1.30 petang...bila dah sampai tu semua dah penat kan,maka tertidow la kami sebelum asar...maklum la boleh jamak kn..so smyg wktu asar la..hihi
bila dah terjaga tu g plak bazar ramadhan untuk cari juadah buka posa...

So bila dah malam tu,kami prepare la semua benda untuk beraya sok...mak buat rendang ayam untk makan dipagi raya...BEST wa cakap sama lu..hihi :)
sekian saja dulu saya bercerita...

Sunday 28 August 2011

Andai ini sujud terakhir padamu...

Andai ini sujudku yang TERAKHIR padaMu..maka DIKAU terimalah TAUBATku..T_T

"Dalam sisa-sisa Ramadhan yang masih berbaki beberapa detik cuma....ayuh, sujud TAUBAT terakhir Ramadhan..biarlah hampir 30 hari berlalu dengan sia-sia, tapi malam Ramadhan yang terakhir yang ada ini.. sujudlah tunduk mengalah pada TuhanMu..mohon ampunlah..please.."

DUIT RAYA GIVEAWAY...

JOM DAPAT DUIT RAYA...hehe 

1st of all korang kne la buat mcm ak buat ni kan..cara0caranya ialah dengan
  1. KENA la jd follower blog ni..
  2. Letak la gambar cm ats ni kat entry korng ni..
  3. Kena la sebut semua cm ak wt ni..iaitu..nama saya NUR ADILA AB RAHMAN,kampung sy kat KUALA TERENGGANU,warna baju raya sy warna BIRU & OREN & saya suka main MERCUN DAS.. haa ni la detail korang kene bg ya :)
  4. Then tinggalkan link korang kt komen entry ni 
DONE!! hehe moga2 dapat la kalau bertuah ya..hihi

Friday 26 August 2011

Jangan Takut Kahwin Awal | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Jangan Takut Kahwin Awal | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Kerana Semangkuk Bubur | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Kerana Semangkuk Bubur | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tutorial dari orang2 pandai...

Hai all..apa kabar??puasa tak hari ini?^^ okey hari ini koz nak kongsi dengan korang hasil rekaan widget yang koz buat khas sempena hari raya yang akan tiba nanti...Kali ini koz telah mereka widget pelita untuk menerangi cahaya di blog korang^^..contoh design seperti di atas...macam mana,cantik tak?...Widget ini koz hasilkan menggunakan sofware macromedia flash...Dan widget ini mempunyai animasi api pada pelita tersebut...koz buat simple sahaja^^...Jadi kalau berminat nak letak widget ini di blog korang,ikuti langkah-langkah di bawah:-


Langkah 1



Layout>Page Elements>Add a Gadget>HTML/Javascript



Langkah 2



Copy dan paste code di bawah










Save dan lihat hasilnya...


Kalau nak lagi mudah korang hanya klik button di bawah dan secara auto widget ini akan berada di blog korang








Indahnya~

‎" Jodoh itu telah pun tercipta sejak kita berusia 4 bulan dalam rahim ibu lagi...Kita tak dapat tahu siapa dia, dimana kita bertemu dengannya dan bilakah dia akan muncul dihadapan kita...yang pasti kita sendiri tidak dapat menduga.
sedangkan jodoh kita mungkin yang selalu berada disisi kita, mungkin orang yang pernah kita benci. ALLAH... lebih mengetahui dari sekalian makhluk. Kerana DIA kita tercipta..WALLAHUALLAM... " ^__^

Rumah Aku Dah Raya!!!

Aikk umah dah raya? yup rumah pown nak raya jugak la..ingat tuan die je nk raya? hehe kenapa dh raya? sbb malam ni dah dipasang lampu raya..or LAMPU LIP LAP..haha agak2 faham x lampu apa? alaaa lampu warna warni tu...hihi

ini la keadaannya :

Ini design ketupat...rasa mcm dh mlm raya dh..hihi

ini plak design kecik2..xtaw la nk ckp design pe..haha

haa ini la combination 2 jenis lampu lip lap :)

Waaaahhhhhhhhhhhhh!! makin  meriah terasa umah ku..X SABAR NK RAYA!!
 To all~ $elamat hari raya maaf zahir batin.. :) maaf jika ada tersalah silap kepada kalian

Kerja Setel sudaaa...yahoo!!

Kerja yg diungkap-ungkap kn ini adalah............ kalau nk taw tekan sini..hehe gedabak besar... yeay!! setel sudah wt biskut..last biskut raya yg dibuat ialah yg sentiasa dinanti2 ni sbb 1st tyme buat..hehe..THIS IS TART CHEESE..yg ni version smile.. knp version smile? sbb ada 2 corak yg dilakukan..

ni plk version campur-campur..hehe
actually sebelum buat cheese tart @ tart keju tu,kami buat COKLAT CORNFLAKES..ini rupa makanan ini..ni pown 1st time kami wat untk raya..means taun ini la kami baru wat cklat cornflakes ni..taun2 sebelum ni kami xwat lg..

ni maruku special...coz MY MOM yang buat...namanya MARUKU PULUT...sedap sgt2... hanya my mom la yang pndai buat sbb nk goreng die ni agk cerewet la..kne jaga api n da lagi la..hihi
 Soooooooooooo...semua dh setel...KUIH RAYA dah setel...baju lagi la dh setel MY BELOVED MOM dah siap jht :) yahooo!! sedia untuk raya..hehe

Salah ke?

Hari ni mood ok..tapi awl2 pagi lg dh da la sorng ni..entah la ape sbbnya...tbe2 je die msj setelah sekian lme syp..xslh nk msj..ak xkesa lgsg..coz ak mmg ska kwn ramai2..ntah pe2 la kn..tbe2 cte pnjg lebar..hehe 
Back to tittle~~ ada sorng hamba Allah ni..sblm ni dia duk msj2 la ak..the true is ak n dia xberapa knl..then da 1 hr tu..die da la duk melamar <haha cm nk kwin je> mengarut2...da la die nk aku ni ikt hajatnya..but honestly la ak tolak secara baik kn..then hr ni..tup2 die ckp sory lme xmsj coz terasa hati..terasa hati sbb ak ckp ak xbpe knl die..aikk dh mmg btol kn xbpe knl..xkan la nk menipu plk ckp KNL sgt2 kn..huhu
Emm slh ke kalau nk kwn je? Pendapat korang mcm mana eh..terdetik la juga persoalan kt minda ak ni kn..slh ke kalau stkt kwn je dlu..xkan la nk trima kalau hati xberkenan kn? lgpown pe kata mai trus minang law nk sgt..hahaha memain2..

Wednesday 24 August 2011

Necklaces & bracelets giveaway.

Jalan2 keblog2 menarik...terjumpa la satu blog ni pasal GA..tertarik la nk join..hehe
so kepada kalian diluar sana yang nk join,cuba-cuba la ikut step ney ya :




  • 1st : follow sini utk tahu updates giveaway kalau ada perubahan hadiah atau tarikh tutup.
  • 2nd : buat entry tajuk : Necklaces & bracelets giveaway. macam saya dh buat ni..
  • 3rd :  tampal banner kat atas tu and link kan teros ke entry  ni.
  • 4th : tuliskan kod which necklace or bracelet yg korang nak. Haa for me,i choose ~B08, B07 & N05
  • 5th : tag 2 orang kawan anda yg berkenan dihati untuk tag.. like me do : CIK IJA & CIK MYRA
  • 6th : dah siap. tinggalkan link entry korang kat ruangan Comment blog Cik Fadzlina...


untuk makluman kalian > tarikh bukak : 22/08/2011. 1 petang. 
tarikh tutup : 10/10/2011. 10 malam.

Zivilia - Pintu Taubat (Religi 2011) + Lirik Lagu



menenangkan~~

Sunday 21 August 2011

Raihan ft Hujan Salam AidilFitri Ayahanda dan Bonda



ku mencari-cari lagu ney..kenapa ssh sgt nk jpe...

Doa antara duduk dua sujud...

Perkongsian bersama,,,
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Thursday 18 August 2011

Sambungan kerjaya selagi lom resign untuk tahun ini...

Seperti sedia maklum..sy kini memperoleh kerjaya baru pd masa cuti ini..kenapakah ku rasakan  skema ayat ini.
sng crte mcm ney la..if da sesapa yg blm taw pekejadahnya aku merapu ney,silalah meng'klik'kan di sini ya..

Haa nk dipendekkan cerita la, semestinya kerja diharuskan setel dengan secepat mungkin kn..maka dengan itu,ak n akk ak follow up la kerjaya kami.. Kami menyediakan lagi beberapa menu iaitu :

  • Menu ke 3 iaitu BISKUT JAKARTA..haa tgk dari jauh taw kami bwk kemari..haha xda la jauh sgt kn..nama je jauh walhal depan mata je wat biskut ni..kalau kamu sekalian mau tau apaan rupa biskutnya,tgk sini ya...


ini la rupa biskut jakarta tu..











Biskut ni sebelumnya,taruk ceri hijau n merah,tapi kali ini ganti la ngn perisa oren..ia bukan ceri ya..saja la cuba benda baru.. skit jela yep sy kongsi apa intinya.. yang lain tu,kena la cari kat resepi mana2 ya..hihii


  • Menu diteruskan lagi dengan menu ke 4 iaitu BISKUT COKLAT CHIP..s000000000 nyummmyyy!! hehe perasaan la plk kan.. 








  • Usaha diteruskan lagi dengan yang kelima si BISKUT GAJUS yang begitu rangup dan sedap~~
haha sekali lagi ak perasaan sgguh la..xpela,kalau bukan aku yg puji sdri,sapa lagi kn..hehe

Si Biskut Gajus










  • Biskut bertuah ke 6 ialah BISKUT MAZOLLA..biskut ni berasaskan minyak mazolla..amat lembut biskut ni..ntah la kenapa tiap kali buat,memang lembut sgt2..smpi takut nak masukkan kedalam bekas.hihi takut hancurssssss~~~
ni la biskut mazola tu...









setakat ini lah sahaja entri kali ini..esk akn ku sambnug lagi kerjaya ku :)









Amalan bersama

Amalkn doa supaya dimatikan dalam keadaan muslimin..
ربنا أفرغ علينا صبرا وتوفنا مسلمين
(Surah al-A' raaf ayt 126)
Mafhumnya: Ya Tuhan kami, tumpahkanlh kesabaran ke dlm (hati) kami dan matikanlah kami dalam keadaan muslimin

Wednesday 17 August 2011

Saya Gadis Bertudung

Lps duk blokwalking mghlgkn kebosanan,terjumpa la satu segmen menarik hati..ehhe
segmen tersebut adalah "SAYA GADIS BERTUDUNG"..
so sesape yg bertudung tu jemput la join if interested :)
 nk taw lbh lanjut,pi la kt link ney...


maka dengan itu,kena la sy sertakan gmbr sy ney...xbrapa cun pown..sy bse2 je..p sje la kn..mncuba nsib..hihi

~Saya bangga menjadi gadis bertudung kerana semestinya ia adalah satu kewajipan yang dituntut bagi setiap muslimah..selain itu,saya bangga kerana dengan bertudung juga diri saya dihormati oleh orang lain terutama oleh kaum Adam dan diri ini terasa lagi selamat dan dihargai dengan bertudung dan menutup aurat...


Benda baru

Lepas duk berblog walking menghilangkan bosan td..t'jmpa la satu bnda baru kn..
benda tu sbnrnye xda la baru wujud dlm dunia siber ney..mybe ak je kowt bru taw..hehe
iaitu 'Yahoo! Messenger Pingbox'...
cun  bnda ney sbb die bley customize pingbox tu ngn design2 cntik..kalau nk taw mcm mana bndnya, BWK TETIKUS DAN KLIK disini...

sbnrnya bnda ney lbh kurang je ngn cbox or shoutmix tu...kepada sesiapa yg mau mencubanya,silalah :)

Sunday 14 August 2011

Kerjaya baru dh mula siang td

Pagi td tepat kol 10 pg..tuan empunya blog ney & kakaknya dh mlakan kerjaya baru kami pd cuti ini..setelah sekian lme kerjaya ini tidak dpt dilakukan..haha pdhl bru je taun lepas stop jap... Nak taw pe kerjaya baru kami tu? haaa kami jadi pembuat biskut raya...hehe cam la gempak sgt kn..pe la sgt...hihi..

Menu 1st hr ney...BISKUT DAHLIA...kepada sesiapa yg belum taw mcm mne rpenya bskut dahlia ney...ha sni disertakan gmbr ya...
















2nd menu ialah...TART NENAS GULUNG...agak cerewet sbnrnye nk buat..tp pe2 pown wat sdri lg bez..:D

ney la tart nenas gulung...mst smue dh bse tgk kn..








maka,dh terhasil 2 jns bskut hr ini..sok smbng lg bskt len..mybe sok wat  BISKUT JAKARTA...NYUMMY~~

Baby Chumeyl~~

Petang semalam abg ku yg ke 2 tu bwk la blik baby2 yg lme dh ak xtgk...
cumeyl2 la..kali ney dia tlg jga kwn pnye..coz dia pnye dh jual..

Baby yg chumeyl tu :

nme diberi Combi & Kassim..hehe klasik btol tuan dia bg nama...ble dh hbs buka puasa smue2 tu..ak pown g la main ngn dua chumeyl ney...time tu abg ak dh msskn beliau semua kedalam sangkar...maka berani la sket kn nk main..hehe
tapi xtaw la tang mana silapnya ak kne gigit...sakit la gk mula2 kne tu...


Ney la bbpe gelagat si chumeyl si chumeyl ini...



haa ney garang sket...ney la yg duk gigit jari ak..huhu






haaa comeyl kn3..cute kn...hehe ye2 je..
ptg td abg ak dh bwk blik ke rumahnya si chumeyl sekalian ini...
Jumpa di len hari ya si chumeyl Combi & Kassim..hehe

Wednesday 10 August 2011

:::HIKMAH:::


Pasti ini terasa begitu
menyakitkan
Saat kau kehilangan
sesuatu yang kau sayang
Bilakah tak tahu mungkin
itu yang terbaik
Ada rahasia terindah yang
diinginkanNya
Ku hanya ingin agar
engkau bisa pahami
Memaknai yang terjadi
dengan tulus hati
Meski kuakui tak mudah
untuk terima
Segala yang tlah menjadi
ketetapanNya
Bridge:
Leraikanlah gundah
Tabahkanlah hati
Dan yakinilah semua itu
rencana dariNya
Reff:
Sudahlah lupakan segala
yang membuatmu
merana
Hanya kan membuat
dirimu dihantui gelisah
Biarkanlah semua kan
berlalu dengan apa
adanya
Karena dibalik yang terjadi
pasti ada hikmahnya
untuk kita

Bawalah Cintaku - Afgan (HD Cover With Lyrics)

Pompa Bensin ~ Jangan Lupa Namaku [UnOfficial MTV]



to u~Jangan Lupa Namaku

$HARING2 INFO ::

‎6 Easy ways to earn thawab even after death:
1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain
2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain
3) Participate in building a Masjid
4) Place a water cooler in a public place
5) Plant a tree. U gain whenever a person,animal sits in its shade or eats from it
6) And the easiest of all to Share this message.. :)

Tuesday 9 August 2011

Dapat info baru sal birthday kte...

Ble ak duk blog walking mhlgkn kebosanan krna xdpt tdow ney,ak tjpe la info menarik hati...
 hmm pe yg dicatat tu da kaitan ngn dri ak la..mmg btol pown...pndi kn spe yg menganalisa ney smue..
Aku pnyer }NO 2..PENDAMAI

law nk taw apa info yg menarik hti ak sgt tu..rjin-rjin la jari tu duk TEKAN SINI :D
TAPI up to u all la yep..tu pown kalau rse nk taw la kn..kowt la da yg cerious sgt nk taw pe bndnye..hehe


Monday 8 August 2011

Cara Mudah Mencari Muka Surat dlm AL_QURAN ;)

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)


Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.


Jom sama2 kita belajar... ;)


Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...


Ramadhan Karem.. :)

CHEESE TART~~

pastry~~
125g butter
65g fine granulated sugar
1 egg yolk (cold)
250g plain flour
1 tbsp ice water
½ tsp vanilla essence

filling::
250g cream cheese
20g butter
60g fine granulated sugar
1 egg

METHOD
Pastry~~
Cream butter, sugar and vanilla essence.
Add in egg yolk and water. Continue creaming for 1-2 minutes.
Fold in the flour and mix.
Wrap pastry with plastic and leave in fridge for ½ hour.
Weight approximately 40g pastry. Roll to circular shape and cut with pastry cutter and line a tart mould.
Using a fork, prick some holes on the base of the pastry. Bake at 180°C for 15-20 minutes.
Filling::
Beat cream cheese, butter and sugar together till light, add in egg and beat till well mixed.
Spoon mixture into baked tart shells.
Mix 2 tbsp cocoa powder with a small amount of hot water. Add 1 tbsp chocolate emulco. Mix into a paste.
Dip the tip of a chopstick into chocolate paste and draw some patterns on the top of the cheese.
Bake at 180°C for 10 minutes.

i will do for raya this year...hope done well :D

Sunday 7 August 2011

Bila kacang Memilih Mulut Daripada Kulit


Zaman sekarang ni, kebanyakan remaja yang punyai kekasih hati lebih berminat untuk mendengar kata-kata yang diucapkan oleh bibir kekasih hati mereka daripada mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa sendiri. Perkataan-perkataan seperti 'Mak ni berfikiran kuno', 'Saya tahulah apa yang saya buat!', 'Mak, ayah jangan masuk campur urusan saya!' dan banyak lagi perkataan-perkataan keras yang lain acapkali dilemparkan kepada ibu bapa apabila mereka tidak berpuas hati dengan teguran dan nasihat yang diberikan.
Usia kian meningkat. Daripada dahulunya merupakan seorang kanak-kanak kecil kini telah menjadi remaja yang menginjak dewasa. Kehidupan yang selama ni ditanggung oleh mak dan ayah semakin dilupai. Insan baru hadir dalam hidup. Insan yang bernama kekasih disayangi dan dicintai sepenuh hati. Time tu mulalah anak-anak remaja ini lupa diri. Mak ayah ditolak tepi. Cinta kepada kekasih hati tak berbelah bahagi.
Patutlah Islam mengharamkan budaya couple. Bukan sahaja akan mengundang maksiat tetapi turut menjadikan seorang anak menjadi derhaka. Mungkin anda akan berfikir, bukan semua yang bercouple itu menderhaka kepada ibu bapa. Ya,tidak semua tetapi segelintir. Namun, alangkah elok sekiranya kita menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak mustahil akan berlaku kemungkaran daripadanya.
Pada pandangan para pembaca semua. Siapa yang patut kita utamakan selepas Allah dan Rasul? Kekasih hati ataupun Mak dan ayah? Nah! Ikuti kisah berikut untuk tauladan bersama..
Situasi 1: Mak minta tolong vs Kekasih minta tolong.
Mak: Minah, tolong masakkan nasi goreng untuk mak boleh? Mak lapar nak. Teringin nak makan masakan kamu.
Minah: Laa...Minah penat ni!
Mak: Hmm. Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang lapar lah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini sayang masak untuk abang, boleh?
Minah: Boleh abang! Sekarang jugak ayang masakkan untuk abang. Tunggu ye!
Mamat: Sayang you sangat-sangat! (gaya miang)

Situasi 2: Pesan mak vs pesan kekasih
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam.Tak elok tau anak dara keluar malam. Apa kata orang-orang kampung nanti. Kalau jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah? Mak risau.
Minah: Ala mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun. Nak pergi jumpa Mamat kejap je pun susah....hish!
Mak: Alahai anak aku...

Mamat: Sayang, abang hari ni ada kerja kat KL. Sayang duduk kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pula. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang....I love you!
Minah: Baiklah abang. I ikut cakap you. Abang pun jaga diri tau! Love you too. (gaya gedik)

Situasi 3: Pandangan mak vs pandangan kekasih
Mak: Minah! Kenapa pakai baju ketat-ketat ni? Malu mak tengok. Bahaya pakai macam ni! Nanti lelaki-lelaki gatal kacau...
Minah: Mak ni bising la! Orang tau lah apa yang orang buat. Mak, orang dah masak la dengan perangai lelaki kat luar sana..mak bukannye tahu apa-apa pun!
Mak: Alahai anak aku..

Mamat: Sayang, you pakai short dress ni cantik sangat tau. Tergoda I tengok you! Tapi, I harap you pakai macam ni bila depan I je boleh sayang? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, I tak suka. Janji sayang?

Minah: Ops, you tergoda? Hehe. Abang jangan risaulah..sayang akan pakai seksi macam ni depan abang je. Sayang tak pakai seksi-seksi bila abang takde. 

Situasi 4: Mak suruh kahwin vs Kekasih ajak kahwin
Mak: Minah. Mak rasa kamu kahwin je la dengan si Mamat tu cepat-cepat. Muak dah mak tengok kau keluar dengan jantan tu tanpa ikatan, melayan telefon dari jantan yang bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak..
Minah: Mak ni kan..suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles kan?!
Mak: Alahai anak aku.. Minah..Minah...(menggeleng kepala kesedihan)

Mamat: Sayang, abang tak sabar nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)
Minah: Sayang pun tak sabar nak kahwin dengan abang! Kalau abang sudi, esok pun sayang sanggup kahwin dengan abang.

Situasi 5: Mak vs Kekasih??
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pula bukan main romantik. Minah, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok Minah...
Minah: Mak, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak?? Orang cintakan Mamat. Tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak......

Mamat: Betul la..abang mana ada perempuan lain. Sumpah abang tak tipu!
Minah: Abang tipu, i nampak you jalan dengan betina tu dekat pekan petang semalam! Penipu! (Menjerit-jerit dan menangis)
Mamat: Suke hati Minah la nak percaya ke tak, kalau tak percaya sangat kita putus je lah hubungan. Senang! Tak payah nak call-call dan mesej-mesej lagi dah!
Minah: Abang!!!!
*Ingatlah tidak ada keberkatan andai pesanan mak dan ayah tidak dituruti. Jika pesanan kekasih hati yang terlalu diikutkan sangat, inilah pengakhirannya!
Jadi, you all fikirlah sendiri . Ingatlah, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Bukan pada kekasih hati you allIluvislam