Usia blog

Daisypath Vacation tickers

$edikit Tentang Hamba Allah Ini ::

My photo
Kuala Lumpur, Terengganu, Malaysia
Nama diberi NUR ADILA AB RAHMAN..{CAHAYA KEADILAN}..I'm not single coz i have ALLAH,FAMILY & FRENS :: dilahirkan sebagai ank ke-5 dari 6 adik brdik..hidup bahagia sejak lahir di kediaman dengan 3 jejaka soleh + hensem & 4 wanita solehah + cantik iaitu my dad,mom,2 elder brothers,2 elder sisters & 1 younger sister:: I'm Cancer~~~ i like to be myself,so it's up to anyone who can or can't accept me as who i am...xska la owg hipokrit..bkwn la scra jujur insyaAllah akn lebih diberkati... ak xkesa law dtgur if da somethng mistake i've done but i really hate someone who critic without in good manner

BORNDAY~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

GRADUATE DAY~~~

Daisypath Graduation tickers

Alert U're Time


Get your own Digital Clock

Friday 29 July 2011

Ahlan Ya Ramadhan~~

Pejam celik pejam celik..kejap je dh nk msk Ramadhan...
1 Ogos akn puasa...so pada siapa2 yg blom lunaskan hutang puasa tu sdr2 la..gnti cpt2...moga berganti la smuenya~~


Pada ramadhan akn menjelang ney..sama-sama la kita melakukan perkara-perkara yang mendatangkan faedah & kebaikan kepada kita...
sedang ak memblogkn diri ney..dgr la Al-Kuliyyah...semoga kita tidak menyembah ramadhan..means hanya pd bln tersebut kita melakukan perkara-perkara yang baik..sprti ibadat smue..tp pd bln lain kita x melakukannya..oleh itu semoga kita smue mengekalkannya seumur hidup kita..


Ingatan ini juga kepada diri sy sendiri..marilah sama-sama kita melakukan perkara yg baik2 spnjg hidup kita...
Ok la,sini la saja yep...
Petikan dari program tersebut juga 'Org yg bersolat biasanya berpusa tp org yg berpuasa blm tentu solat' lebih kurng ney la kata2 tersebut...yup ak stuju ngn pe dia ckp tu..mmg xsemua yg solat..tp mungkin da yg berpuasa pd bln ramadhan walaupun dia tidak solat...


Nauzubillah~~jgn la mcm tu... semoga diriku kekal dalam Islam yg sebetol-betolnya...


Terlebih dahulu sy ingin memohon maaf d ats slh silap yg sengaja @ x sengja..Halalkan jua yg tlbh @ terkurang..$elamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..semoga mndapat keberkatan dariNya..aminn~~


$ELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA <3 <3 <3



Tutorial : Tukar Tulisan Anda Menjadi Biru di Facebook

Tutorial ney ak tjmpa kt blog someone ney..so mai la kte share2 ilmu kn..xslh pown..
haa KLIK SINI kalau nk taw mcm mne nk wt...

ia mmg berhasil..;)

Monday 25 July 2011

Keputusan Yang Merumitkan...Juz for u My love Allah::

Bismilahirrahmanirrahim...

si lelaki : Syg.. kenapa belum tidur lagi ni… jom lah tidur.. abang ngantuklah..
si gadis : kenapa abg masih panggil sy ‘syg’ lg nie?? Kan abang dah janji xnak panggil sy cm tu lg? melalaikanlah abg..
si lelaki : ops silap, maafkan abang ye..
si gadis : maaf, maaf, maaf, tu je abang tahu.. abang, sy sebolehnya nak menjaga perlakuan sy tp bila abg masih xubah perangai abg mcm ni, sy rasa abang jangan cari sy lagi lps ni,dulu sy sanjung abang sebab abang belajar agama.. abang hafaz Quran.. tp sekarang apa yang abang tunjukkan pada sy?? Cinta bernafsu abang.. kita dah lalai..
si lelaki : hmm awk janganlah cakap macam tu.. kalau 5 tahun lepas awak nak mintak jauhkan diri dari awak, abang yakin abang boleh tinggalkan awak. Sekarang kita dah kenal 5 tahun, baik buruk awak abang dah hafal dah.. dah faham sangat-sangat dah.. abang xakan dapat lupekan awk. Ummi dan abah kite xlarang kita berkawan, ape yang awak nak risau??

Si gadis : ape sy risau abang tanye?? Abang tengoklah hubungan kite ni, dah jauh myimpang.. ni semua nafsu, abang sedar tak? Sy nak redha Allah.. bukan redha abang.. walau kita xbercinta macam couple lain kita tetap terlibat dengan zina hati.. sy rindu abang, sy sayang abang.. sy nak hidup dengan abang.. sampai bila sy nak macam nie.. abang xpernah nak ambil serius hal ni.. kenapa abang?? Kita kena ingat.. cinta Allah tu yang paling atas sy xnak cinta sy yang abang Agung2kan..

si lelaki : Abang dah malas nak bercakap soal ni lagi.. abang tetap akan tunggu awak.. tunggu abang habis belajar.. abang akan meminang awak. Abang sayang awak. Dah jom tidur..assalamualaikum.. ingat pesan abang, tidur basuh kaki, 3 qul jangan lupa.. ayat Qursi Pahat dalam hati selalu.. fahami maknanya. Jangan fikir apa2 dah lepas ni.. moga tidurmu Diiringi rahmat Allah selalu yup ^_^

si gadis tidak membalas mesej seperti selalu.. merajuk kerana hasratnya untuk berpisah dengan si lelaki diambil mudah si lelaki.. si gadis terus berdoa agar jodohnya berkekalan dengan lelaki tersebut jika sememangnya dia tercipta untuk menjadi suri bagi si lelaki.. tanpa diduga seminggu selepas itu wanita tersebut dipinang seseorang… jejaka yang meminang si gadis berpangkat ustaz jugalah.. sudah memerhati si gadis dari jauh, dan sempat berkenalan… hanya perkenalan biasa antara ustaz dan anak murid.. jejaka tersebut tertarik dengan perwatakan si gadis yang lemah lembut, peramah serta si jejaka tersebut kagum dengan usaha si gadis berubah dan berusaha menjadikan diri lebih tawaduk dengan Allah.. tanpa berfikir panjang dan atas rasa tanggungjawab yang hadir dalam hati si jejaka dia membuat keputusan menyunting si gadis untuk menjadi permaisuri hidupnya serta ibu kepada anak-anaknya.. si jejaka amat yakin dapat mengubah dan membimbing si gadis untuk menjadi insan solehah dan beriman kepada Allah s.w.t..

si gadis termenung panjang merenung nasibnya dan berusaha memikirkan jalan terbaik untuk hubungannya dengan si lelaki.. kring2.. si gadis tersentak.. dengan pantas si gadis mengangkat handphone yang bingit berbunyi.. perbualan berlangsung…15minit kemudian handphonenya diletakkan kembali ke tempat asalnya.. ada org dtg meminang?? Kenyataan yang membingungkannya.. dia masih memikir apa yang diberitahu ayahnya sebentar tadi.. sapa yang masuk meminang aku pulak nie?? Abang ker?? Adoilah.. masa nilah nak datang meminang.. aku dah lah tengah celaru.. rungut si gadis.. yang lagi dia tak dapat terima.. ayahnya mengatakan setuju dengan peminangan tersebut.. malam tersebut si gadis menunaikan solat istikharoh memohon petunjuk Illahi.. hatinya tidak tenteram.. nak menghubungi si lelaki dia masih merajuk dengannya.. berpuluh-puluh panggilan dari si lelaki tak berjawab.. 3 hari berlalu dia semakin risau.. tentang nasibnya.. siapakah yang bakal menjadi suaminya?? ‘Si lelaki’ kah?? Atau jejaka misteri? Langsung tidak terlintas di fikirannya nak menanyakan hal yang merunsingkannya kepada si lelaki..

Si gadis nekad balik kampung bertemu abah dan umminya. Hatinya memberontak ingin tahu siapa lelaki misteri tersebut.. selepas 1jam berbincang.. akhirnya si gadis berasa lega kerana persoalannya selama ini telah berjawab.. dia dalam dilema.. memilih insan dicintainya sekian lama atau memilih ustaz tersebut… gadis tersebut termenung panjang memikirkan masalahnya...

Persoalan di sini adakah si gadis menerima lamaran lelaki tersebut??
Atau dia akan tetap terus menunggu ‘si lelaki’ datang meminangnya??
Jikalau anda wahai muslimah?? Apakah keputusan anda???

SAMBUNGAN….

Jam menunjukkan 12 malam.. si gadis masih tak mampu melelapkan mata.. memikirkan masalahnya.. lantas pena diambil…. bagi meluahkan apa yang terbuku di hatinya.. iya, hanya itu pengubat hatiku yang resah ini.. Ya Allah.. permudahkanlah urusanku.. doa dipanjatkan………….

“Ya Allah.. tutupkanlah hati ku pada mana-mana lelaki.. sehingga sampai jodohku... Ya Allah.. tutupkanlah hatiku untuk melakukan maksiat pada Allah lagi.. tak sanggup rasanya ku hitung dan mengukir dosaku lagi.. aku manusia lemah.. tak mampu bangkit tanpa huluran bantuanMu.. Ya Allah.. hinalah aku tanpa cinta dan kasihku padaMu.. Ya Allah.. berjuta air dari kelopak mata ini.. membasahi pipiku.. berjuta kali ku kesat dan pujuk hati ini.... Kau cintaku yang abadi... aku terus ternoda.. titik hitam terus bermaharajalela.. Ya Allah.. tiada lagi tempat tuk ku mengadu.. hanya padaMu.. tutupkanlah simpatiku tutupkanlah hatiku kepada yang tidak berhak... tutupkanlah... biarlah hati ini hanya untukMu... ku pasti dengan janjiMu.. ku pasti dengan ketentuanMu... ku pasti akan kasih sayangMu... ku pasti ya Allah.. tutuplah pintu hatiku pada insan yang bergelar ajnabi... lelah.. aku lelah.. hentikanlah dugaan ini.. ku tak mampu harungi lagi... kasihanilah aku Ya Allah... ku tahu redhaMu tetap ada untuk ku.. jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu.. aku tidak sanggup lagi Ya Allah.. tak sanggup lagi menderhakaiMu....”

Hujan renyai-renyai pagi tu… si gadis sudah membuat keputusan.. ya, benar, itu keputusan sy.. luah si gadis kepada si lelaki.. si lelaki tidak mampu berkata apa-apa lagi… pertemuan berakhir di situ, Teluk Chempedak menjadi destinasi pertemuan mereka..di sebuah pantai yang indah lagi menenangkan jiwa kedua-duanya yang sarat perasaan buntu, kecewa, dan risau..ape?? argh….! si lelaki terasa ingin menjerit .. tidak percaya dengan apa yang didengarinya seminit cuma.. mahu atau tidak si lelaki terpaksa menerima suratan takdir yang telah tertulis untuknya.. dia terpaksa...takdir ini terlalu perit untuk dia telan, lebih pahit dari hempedu..hatinya terasa seperti kertas yang direnyuk-renyuk..sampainya hatimu sayang.. itu kata-kata terakhir si lelaki.. lantas berlalu pergi dan langsung tidak berpaling kepada si gadis..tawakkaltualallah hanya itu terlintas di hatinya..

Abang.. tinggalkan sy..maafkan sy.. keputusan ni sy buat bukan kerana sy benci abang.. bukan kerana sy ada yang lain.. bukan kerana apa.. tapi kerana ALLAH… terngiang-ngiang ayat yang luncur ditutur oleh si gadis.. tinggalkan sy kerana Allah.. sy rindukan Allah… jangan persoalkan lagi kenapa sy buat macam ni..lepas ni kita putus.. segera si gadis mematahkan simkadnya di hadapan si lelaki.. tanda dia tidak mahu lagi diganggu… dengan menahan sebak di dada, dan tidak mahu nampak lemah di hadapan si lelaki, dia mengalihkan pandangan ke arah pantai yang sedang bergelora.. menenangkan diri… si lelaki berlalu pergi… ‘sampainya hatimu sayang’ hanya itu didengarnya..

si gadis pulang dengan perasaan bercampur baur, masuk sahaja ke dalam kereta terus dirembeskan air matanya semahu-mahunya tanda kemenangan berjaya keluar dari kesulitan yang melanda dirinya.. selama sebulan dia menyendiri sendiri.. diisi masa sepenuhnya beribadat kepada Allah s.w.t.. ini keputusan aku!! Aku tidak akan sesekali menyesal, itu janjiku.. monolog si gadis…
Ditenangkan hatinya dengan mengalunkan salah satu lagu nasyid dari kumpulan In-Team~ Kasihku Abadi~ lirik yang sungguh syahdu serta menggambarkan situasinya pada waktu itu.. ‘kamar hatiku..sekian lama.. suram dan sepi kekosongan..aku mencari.. insan sejati tuk menemani hidup ku.. hanya ku harap keikhlasan dan ku rindukan keramahan.. aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan.. mengasihimu dikasihi.. menyayangimu disayangi.. merindui dan dirindui saling mengerti di hati.. dia menghayati lagu itu dengan sepenuh jiwanya..dihabiskan bait2 terakhir lagu itu, ‘terimalah serta kabulkan harapan ini.. ku melafazkan kata penuh makna bersaksi Tuhan Yang Maha Pemurah hidup mati jodoh pertemuan ditentu Allah.. Yang Maha Esa… perkenankan hasrat di hatiku’... ini jawapannya.. sudah terjawab…. Hatinya cukup tenang selepas itu.. seolah tiada apa-apa yang berlaku.. biarlah hanya Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. Allah di hatiku.. diulang-ulang ayat itu sehinggalah dia selamat tiba di rumahnya..

Si gadis telah membuat keputusan ingin sambung belajar di luar negara.. pinangan dari ustaz tersebut ditolak secara baik..

Si gadis : tut.. tut.. tut..tidak sampai pun 10 saat callnya dijawab.. Hello.. Aaa.. assalamu'alaikum ustaz.. (memulakan salam agak gagap sedikit..)
si ustaz : Wa'alaikumussalam.. tanpa meneka dia dah dapat mengagak siapa gerangan si pemanggil.
si gadis : Maafkan sy ustaz.. terpaksa menolak pinangan ustaz.. sy percaya, abah sy dah sampaikan khabar ini kepada ustaz..
si ustaz : hmm.. sy sebenarnya kecewa dengan keputusan awak.. sy benar-benar ingin menjadikan awak isteri sy.. sy yakin dapat membahagiakan awak.. sy janji kerana Allah.. sy akan jaga awak dan didik spenuhnya awak semampu sy…
si gadis : Ustaz.. sy sudah buat keputusan.. Allah dah beri petunjuk kepada sy.. sy yakin mimpi yang sy alami tu betul. Dalam mimpi tu sy berada di bumi asing.. bumi arab.. cuaca sangat panas ketika itu.. tubuh sy berlitup sempurna.. saya sujud tersangat lama di satu tempat yang tiada seorang pun di situ..sy tidak tahu di mana sy.. tiba-tiba suara garau mengejutkan sy. dia mengatakan sy akan diberikan jodoh yang terbaik dari Allah s.w.t, kerana taubat sy diterima Allah.
Si ustaz : habis tu kenapa tolak pinangan sy? Mungkin sy jodoh awak.. kenapa awak langsung tak nak beri peluang pada sy?
Si gadis : rumit ustaz.. rumit… kata hati sy mengatakan ustaz bukan jodoh sy.. dalam mimpi tu sy… sy jumpa cinta hati sy.. wajah itu..wajah yang mencium dahi sy tu bukan ustaz.. entahlah, sy tidak pernah bersua muka dengannya.. sy pun tidak tahu siapa dia.. sebab tu sy ambil keputusan ni. Harap ustaz mengerti.

Si ustaz : Astaghfirullah.. Allah huakbar.. maafkan sy.. kerana menjadi beban awak selama ni..Maafkan sy.. maafkan sy.. moga awak bertemu jodoh yang terbaik.. lelaki misteri tu tersangat bertuah.. sy doakan awak berjaya mencari cinta hati awak yang sebenarnya..
si ustaz lantas menamatkan perbualan secara tiba-tiba.. dia sebak, menangis keseorangan.. memohon ampun kepada yang Maha Esa kerana menangisi nasibnya hanya kerana CINTA SEMENTARA.... tahun demi tahun telah berlalu.. iman si ustaz semakin utuh dek kerana dia tidak mahu terlalai lagi.. ibadahnya semakin meningkat dan menebal.. jiwa dan raganya hanya dikhaskan untuk Allah taala. sesungguhnya cinta Allah sahaja yang Kekal Abadi tidak dapat dibeli dan diwarisi…

Si lelaki yang dicintai si gadis pula kembali pada jalanNya..Bertaubat nasuha atas kekhilafannya.. perpisahan tersebut telah menyedarkannya..cinta itu bukan miliknya.. dengan cinta nafsu juga membuatkan dia lalai dan terleka.. dia merasa satu kerugian yang cukup besar kerana menghabiskan masa untuk ‘bercinta’... Aku bertaubat padaMu ya Allah.. ampunilah aku… beliau mengambil keputusan melanjutkan pengajian Phd Pengajian Islam di Jabatan Arab & Tamadun Islam di Jordan.. sapa sangka tidak lama kemudian dia bertemu jodoh dengan seorang gadis yang tersangat sempurna, cantik, berakhlak mulia, serta bersama-sama menjadi sayap kiri kepada si lelaki untuk menyebarkan syiar islam.... kehidupannya sangat bahagia.. terbukti Allah itu Maha Pengampun.. apa terjadi kepada si gadis??

Malang tidak berbau.. si gadis menemui ajal di Mesir, di tempat dia menuntut ilmu... beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat berjemaah di sana.. Subhanallah.. takdir Allah.. meninggal ketika menuju ke rumah Allah.. si gadis juga meninggal pada hari jumaat, hari yang dikatakan insyaallah akan masuk syurga..insyaallah, dia adalah ahli syurga.. si gadis tidak sempat bertemu cinta sejatinya…… jenazahnya tersangat wangi, bersih dan wajahnya bercahaya.. mungkin kerana amalanya salama ini yang menyerahkan sepenuhnya hidup dan matinya hanya untuk Allah azzawajalla… Allah telah menjadikan kematiannya dalam berkeadaan mulia.. syukur Alhamdulillah.. dia dikebumikan di kampung asalnya di Kedah.... jadi siapa lelaki misteri yang dia mimpi tu??? Bidadara syurga mungkin..??? insyaallah..^_^ renung-renungkan…
Subhanallah.. sesungguhnya ganjaran yang diberikan Allah tidak terhitung nilainya.. jadi jangan berputus asa lagi untuk meraih cintaNya..pintu taubat masih terbuka… Allah Maha Kaya pemberiannya.. sama-samalah kita berusaha meraih cintaNya dahulu sebelum cintakan makhluk… ^_^ amin…. TAMAT.

•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥
Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•
sepinggan pahala berulamkan dosa.. cinta yang disangka berlandaskan agama, tetapi hanya nafsu semata-mata..
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•.˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

Moralnya?? Masing2 dapat rumuskan?? ^_^

credit to : Wan NurulHusna 

Pesanan Dari kaum Adam

Ustaz Azhar Idrus ( Original )


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

••• Adakah Kamo Tahu? •••


Lelaki bujang ••► kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Gadis bujang ••► dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin ••► kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


*♥*.•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•.*♥*

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.


Banyak lagi bagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

*♥*.•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•.*♥*.•*´¨`*•.*♥*

Duhai kaum Hawa, adakah anda mengetahui akan hal ini???

Saya sebagai wakil kaum Adam ingin meminta sedikit belas kasihan daripada kamo semua supaya tidak menambahkan lagi dose kami di atas ketidaksempurnaan didikan yg diberi 

Buat Adam & Hawa~~

(✿◠‿◠) Dari Hawa untuk Adam…

¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺
¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺
Adam ku,
Kau sebenarnya imam dan aku makmum mu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, maka lalailah aku. Wahai Adam, kau punyai kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu 9, nafsumu 1. akalku 1, nafsuku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tanganku kerana aku sering lalai dan lupa, sering tergelincir ditolak nafsu dan konco-konconya.

Adam ku,
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu. Akanku aminkn doamu agar kelak luas syurgaku. Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajjud bersamamu, agar nanti diberkati Ya Rabbi. Kenalkanlah aku pada majlis-majlis agama. Ajarilah aku Yaasin dan memahami al-Quran. Kau ajarlah aku mengalunkan kitab Allah di malam Jumaat yang penuh barakah. Khabarkan padaku tentang fardu-fardu yang patut aku tahu. Bimbinglah aku dengan amar ma’ruf dan nahi mungkar.

Adam ku,
Ajari aku agar menjadi isterimu yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutkan dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya hormat, tunduk dan patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otakku tidak buntu. Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju nur al-jannah. Tarbiahlah aku supaya kelak aku calon srikandi solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabi’atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas dan semurni hati Halimatul Sa’adiah dan segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.

❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸☼ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..

Bingkisan tulus dari Adam buat Hawa…

Hawa ku,
Meski aku Adam, gagah pada luaran, adakalanya aku juga tewas dalam godaan. Walau aku pemimpin Khalifah bagimu, aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsuku 1, akalku 9, namun yang 1 itu sering menjadikan aku di luaran kawalan. Kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawai, lemas dalam dunia sendiri. Andai aku leka dan alpa, ingatkan aku untuk kembali pada-Nya, kerana sesungguhnya disebalik seorang lelaki, berdiri seorang wanita.

Hawa ku,
Walaupun aku durjana duniawi, aku juga impikan wanita solehah sebagai suri. Justeru, ingatkan aku agar tingkatkan ibadah, kelak aku bisa menjadi suami soleh. Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan kalamullah, agar dapat aku memandumu ke syurga al-Jannah. Sedarkan aku agar mengejar keredhaan ar-Rahman, agar hidup aku sentiasa aman. Bangunkan aku bertahajud bersamamu, agar kelak rahmat-Nya tiada tandingan untukku. Aminkan bacaan doaku, moga nanti luas syurgamu. Taat dan patuhilah aku, kelak solehah jadi milikmu.

Hawa ku,
Aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar kebahagiaan ukhrawi. Aku kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-kataku berhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah kalau kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol mar’a fatonah. Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah ahti dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah. Agar kelak tidak dipandang leamh. Meski kau dicipta daripda rusukku yang bengkok, namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa. Kelak Hawa ku ini bakal menghuni al-Firdausi.

Moga impian kalian semua untuk mencari cinta yang diredhai kan termakbul. Mudah-mudahan coretan ini sedikit sebanyak mengajar kita bermuhasabah diri dalam merebut sekeping hati seorang insan yang kita cintai. Insya-Allah sinaran cinta Ilahi yang dicari akan ditemui. Sematkan pesanan ini dalam hati agar kita saling mengingati..insyaAllah,ameen Ya Rabb..
¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺
¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺¨*•♫.•♥.•☺
Smile Always...^_____^



Saturday 23 July 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus

ney lg 1 segmen ak join...
bgs la da idea2 mcm ney...moga-moga dpt diperluaskan lg...hihi ntah pe2 la ayt ak ney...

spe2 yg nk join moh le kite...kalian bley tgk kt link ney untk taw lbh lanjut hal segmen ni...
segmen cx's : geng uitm by campus


now i'm join this segment...

sy dr UiTM Perlis~
course in bachelor of business administration(hons)(marketing)~
part 3 in SEPT 2011~
same wif Sara Zainol & Syuna antaranya~

Jangan Tangi$i Apa YanG BUkan Milik KITA

Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai hukum: iaitu harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Sumber: Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milik Kita  Aku ISLAM

Ketika Harus Melepaskan Cinta...

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Sumber: Ketika Harus Melepaskan Cinta.. | Aku ISLAM
 http://akuislam.com/blog/renungan/ketika-harus-melepaskan-cinta/#axzz1SyBbDBrD

Friday 22 July 2011

SEGMEN: Saya Blogger IPTA/S



rasa tertarik untk join segmen ney..mne la taw dpt manfaatnya nti...credit to SBK
coz adakan segmen sbgini...

Sy student UITM,PERLIS... bachelor of business administration(hons)(marketing), in Sept,2011 i'm in part 3...


::UITM DIHATIKU::

‎"Saya nak cari suami/isteri yang...."


Yang selalu kita dengar, "Saya nak cari isteri yang pandai masak.."
Yang jarang kita dengar, "Saya nak cari suami yang boleh imamkan solat.."

Yang selalu kita lihat,
Bakal isteri cari buku resepi nak belajar masak untuk bakal suami..
... 
Yang kita harap dapat lihat,
Bakal suami buka kitab agama nak tambah ilmu sebelum beristeri..

Yang selalu terjadi, bakal isteri rasa malu sgt kalau nasi pun tak tau nak masak
Yang kita harap terjadi, bakal suami pun rasa segan yang amat kalau Al-Fatihah pun masih merangkak-rangkak

Jika lelaki meletakkan syarat utk bakal isterinya..
Keterlaluankah jika wanita juga meletakkan syarat utk bakal suaminya??

Kepada lelaki sekalian yang sangat terhormat
Janganlah marah mahupun 'hangat'
Tulisan ini tak sedikit pun berniat jahat
Sekadar insan lemah nak sama-sama memberi ingat
Untuk diri sendiri dan saudara-saudara yang dekat

Kepada wanita pula, jangan seronok sangat
Kita pun ada tanggungjawab yg tak kurang berat
Harus disemat, kena selalu ingat
Besar amanah yang kita dapat
Allah tanya pulak nanti di hari akhirat

Indah betul dunia ni
Kalau lelaki dan perempuan sama-sama membaiki diri
Kalau bakal-bakal suami dan bakal-bakal isteri pakat-pakat membersihkan hati
Kalau suami-suami dan isteri-isteri dapat ikut segala perintah Ilahi
Ganjaran besar Allah janji
Tak kira perempuan mahupun lelaki
Yang hari ke hari cuba baiki diri
Jadi muslim yang benar-benar sejati

Masa tu, tak payah la lelaki letak syarat lagi
Sebab bakal isteri memang dah cantik segala segi
Wanita pun tak susah hati
Bakal suami memang menepati ciri
Aduhai bahagia hidup ni
Bila syariat Allah pakat-pakat dipatuhi
Hidup dunia seronok sekali
Seronok di akhirat berganda-ganda lagi

Sunday 17 July 2011

Kata-kata dari someone yg ku ingati...

Percintaan ibarat 1 janji ikatan yg amat berharga,ia bukanlah 1 permainan,tika dimasa suka,slalu bersama, d kala sudah bosan ia ditinggalkan..cinta datang & pergi..jika ia berulang kali, bukanlah cinta tp nafsu semata-mata.. hati dan perasaan bukanlah alat yang boleh d permainkan, jika hendak mencintai seseorang, kenalilah dia dengan sebenar-benarnya dan jika sudah miliki, cintailah dia buat selama-lamanya,janganlah terlintas dihati tentang perpisahan kerana itu,cintailah dia yang benar-benar mencintaimu kerana mungkin dia yang terbaik untukmu.....

Friday 15 July 2011

Kata2 indah~~

Ketika seseorang meninggalkan kamu, ikhlaskan segalanya..Percayalah Allah akan menggantikan kamu dengan seseorang yang jauh lebih baik..bergembiralah selalu ;) 
 kata2 yang amat mendalam...dr satu group di fb...mmg btol..i'Allah kita akn dpt pengganti yang jauh lebih baik..Allah Maha Mengetahui pe yang terbaik untuk makhluknya...

Thursday 14 July 2011

Kelebihan $eorang Wanita


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Tuesday 12 July 2011





Romance - Kuingin Kamu 

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku
tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku
ref:
kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…
sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
back to ref
di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
back to ref
ref2:
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu
back to ref2 [3x]
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Hooo..
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi…
Kisah janji dimungkiri lagi…
Huuu…
Ooo…
Hooo.. wooo..
hoo.. yeah..
ohhh…
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri.. hooohhh..
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku…

Saturday 9 July 2011

MacarO0ns

finally aku jpe resepi ney..dh lme cr...menyelerkan lg law tgk yg berbagai2 warna tue..p owg ckp rumit la nk wt bskut neyh...jd ke x la law ak nk wt t..hehehe

Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:

  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan
notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack


ney lg byk..lg menyelerakan...beznya....smue pic2 ney dr 1 blog neyh..meleh air liur..hehehe

mmg byk sgt2 macaroons kt wall die..coz die mmg jual..hehehe
bez la...

Thursday 7 July 2011

Dari Adam untuk Hawa ::

unTukmU waNitA,.....
Keranamu ramai dari kalangan kaum kami menderita menanggung dosa...
Tidakkah kau sedar betapa agungnya ciptaanmu di saat adam mendambakan seorang teman??
Tidakkah kau kasihankan kami yang asalnya kamu dari tulang rusuk kami??
Jika kau berakal pasti kau kasihankan kami..
kenapa perlu kau singkatkan pakaianmu,
serlahkan auratmu, jarangkan kainmu,
bertutur ikut nafsu, bergaul tanpa rasa malu…kenapa??
tidakkah kau tahu kami akan dilaknat sekeras2nya oleh ALLAH disebabkan perbuatanmu itu..

adakah kau terlalu bangga dengan apa yang kau miliki??
sedarkah dikau ayahmu, adik lelakimu dan abg2mu jua asalnya dari kaum kami?? yang bakal diazab dengan azab yg pedih disebabkan kejahilan sebahagian dari kaummu..
kami tidak mampu setiap masa perlu menjaga pandangan mata, hati dan perbuatan untuk mengelak dari fitnah yang kau cipta.
Maafkan kami andai kau rasakan kami yg bersalah kerana tidak pandai meluruskanmu kearah tarbiah yang sepatutnya kami warisi dari rasulullah..
andai kerana sejarah masa silam yang memaksa dikau jadi begini kembalilah engkau kepada ALLAH,
sesungguhnya ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani,
siramilah kembali hati2mu dengan siraman taqwa yang bercahayakan iman dan berbajakan keikhlasan agar kau menjadi sebahagian dari pejuang2 agama ALLAH yang kian hilang di akhir zaman ini..
sedarlah wahai wanita..
engkaulah hiasan duniawi andai iman yang kau julang, malah engkau juga seburuk2 hiasan andai iman tidak kau pegang..
sekiranya kau pernah jatuh, bangunlah membina kekuatan agar engkau menjadi gagah, janganlah kau biarkan dirimu terus jatuh dan terus tenggelam dalam permainan duniawi…sesungg..uhnya perempuan yang tidak beriman adalah sebaik2 senjata bagi syaitan untuk menyesatkan kami dari jalan ALLAH....NAUZUBILLAH…

Nasihatku untukmu…

Bentuklah dirimu mengikut acuan islam.
Hamparkanlah sifat malumu supaya tiada ruang lagi untuk kami difitnah.
Labuhkanlah pakaianmu agar kau dipelihara oleh ALLAH sepanjang masa.
Jagalah tutur katamu sehingga tidak menarik minat kami untuk mengetahui apa yg kau bicarakan.
Basahkanlah lidahmu dengan zikrullah supaya hatimu menjadi pendinding kepada kecantikan yang kau miliki.
Hiasilah dirimu dengan Alquran supaya kau tahu betapa mulianya dirimu....